Adira Sah Hamil 7 Minggu

Tahniah MiG Online ucapkan kepada penyanyi Adira AF dan juga suami, Dato Seri Adnan dimana pasangan ini bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

Perkara ini dikongsikan oleh suami Adira di Instagram milik beliau baru-baru ini.

“Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas. Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka,” jelasnya kepada mStar Online.

Pada masa sama, Dato Seri Adnan yang juga dikenali sebagai Dato Red turut mengimpikan cahaya mata lelaki malah di laman sosial miliknya turut merancang untuk membawa isteri keduanya itu berbulan madu di Eropah.

“Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah,” katanya.

Wah! Beruntung Adira tengah hamil pun suami nak bawa makan angin di Eropah pula tu. Hihi.. Apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini dan kepada Adira, MiG Online nasihatkan jaga diri dan kandungan okay.

Sumber : mStar

 

Leave a comment