Husin Dari Awal Hingga Ke Hujung Cerita Agak Down- Awie

Kegemilangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM7.9 juta,  diteruskan lagi dengan sekuelnya iaitu Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Gabungan antara filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid ini banyak mengekalkan pelakon lama seperti iaitu Awie, Ezlynn, Shy8 dan geng-geng kampung pisang.

Dalam temubual Mig Online bersama pelakon utamanya Awie, sempat bertanyakan tentang wataknya iaitu Husin yang merupakan seorang yang down dan bermasalah pulang ke kampung halamannya. Ia menampilkan kelainan berbanding dengan watak Husin dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah yang agak ceria dan kelakar.

Jarang sekali kita nampak penggunaan CGI di dalam sebuah filem komedi, tetapi dalam filem ini korang akan berpeluang melihat keseriusan penggunaan element ini yang dipersembahkan oleh Mamat Khalid. Tahniah Mig Online ucapkan kerana telah berjaya mempamerkan kelainan. Awesome!  Nak tahu lebih lanjut tentang Awie, Husin dan Wings? jom kita tengok video ini…

Leave a comment