Niezam Zaidi Pengsan & Sam Serah Pada Professional

Kredit gambar: Harian Metro

Bermula esok, Budak Pailang filem aksi pertama arahan Hashim Rejab yang sebelum ni memang sinonim dengan filem romantik akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Bukan abang Hashim je yang pertama kali melibatkan diri dengan filem aksi, Aeril Zafrel pun sama sebab sebelum ni dia asyik pegang watak romantik je kan.. Kata Aeril 60 peratus daripada filem ni membabitkan aksi pergaduhan dan dia kena mempelajari seni mempertahankan diri, Muay Thai. Bukan kena belajar seni mempertahankan diri je, seorang lagi pelakon Budak Pailang iaitu Niezam Zaidi perlu menghadiri kelas lakonan untuk menjiwai wataknya sebagai Rodi yang memang memerlukannya melakukan aksi-aksi pergaduhan yang mantap sampai Niezam pengsan masa shooting! Nak tau lebih lanjut tentang pengalaman Niezam dan Aeril sehingga tercedera semasa penggambaran Budak Pailang, boleh la selak halaman 4 dan 5 di ruangan Rap, Harian Metro hari ini. 

Kredit gambar: Berita Harian

Bagi korang yang dah sedia maklum, lagu Begini Caranya nyanyian Shaheizy Sam bersama Yana Samsudin layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 27. Tapi dalam pertandingan semi-final tu nanti, penyanyi lain akan menggantikan tempat Sam dan Yana. Berita ni agak mengecewakan peminat-peminat kat luar sana. Sam kata keputusan dibuat atas kehendaknya sendiri yang lebih percayakan penyanyi professional untuk menyanyikan lagu Begini Caranya. Selain tu, Sam juga sedang sibuk dengan penggambaran Mamak Cupcake jadi baginya agak susah nak bagi komitmen. Haaa harap peminat Sam faham keadaannya dan dapat terima okay? Korang boleh buka halaman depan sisipan Hip untuk baca lebih lanjut tentang pengunduran Sam dalam pentas separuh akhir  Muzik-Muzik.

 

Leave a comment