Scroll punya scroll hari minggu ni, MiG Online terpandang satu gambar seorang wanita yang manis berpakaian pengantin di dalam Instagram milik seorang pelakon kacak, iaitu Shah Jaszle.
Berserta kapsyen ringkas ‘finally!!’, MiG Online pasti mereka telah selamat diijab qabulkan bersama. Alhamdulillah, tahniah MiG Online nak ucapkan buat Shah Jaszle diatas berita gembira ini. Shah Jaszle dan Hanis Husna akhirnya telah selamat bergelar suami isteri.
Menerusi Instagram milik Hanis juga, si cantik ini turut memuatnaik gambar yang sama. OMG, So sweet tau dorang ni 🙂
Ramai peminat dan rakan-rakan tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat merpati dua sejoli ini. MiG Online doakan semoga mereka berkekalan hingga ke anak cucu dan seterusnya ke Jannah. Amin 🙂
Jom tengok gambar sweet dorang ni ;