Bekas pelajar Akademi Fantasi, Nadia AF6 bakal mengikat tali pertunangan pada 18 April depan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang penolong pengurus di sebuah gimnasium bernama Hafiz Hamdan, 28. Kalau siapa yang pernah menonton Program Realiti Akademi Fantasia dulu, Nadia ni punya suara fuhh, mengalahkan artis hollywood tau!
Nadia atau nama sebenarnya Haswani Hasnan, 25, berkata, dia sekarang ni sedang sibuk membuat beberapa persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung itu.
“Alhamdullah, saya akan bertunang pada 18 April ini bersama kekasih saya iaitu Hafiz Hamdan dan berkahwin mungkin pada Disember depan.
“Sekarang sedang buat persiapan pertunangan untuk jemputan seramai 100 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan media,” ujarnya.
Nadia juga menambah dia sudah bersedia menjadi seorang isteri dan katanya majlis bakal berlansung sekitar bulan Disember kalau tiada aral melintang.
Wahh, MiG Online ucapkan tahniah buat Nadia AF6 dan bakal tunangnya. Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.