Terkejut jugak tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dengar cerita Bront Palarae telahpun melangsungkan perkahwinan bersama seorang gadis yang telah lama dikenalinya di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM30. Nampak tak detailnya majlis perkahwinan rahsia Bront Palarae nie. Hehe. Anyway, tu kenyataan yang telahpun disiarkan di Utusan namun kenyataan tu disangkal oleh tuan empunya badan melalui portal Gua. Kata Bront:
“Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu ‘Psiko Pencuri Hati’. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini. Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut,”
Hmm.. konfius jugak MiG Online dibuatnya, rasanya kalau takde angin, masakan pokok bergoyang, melentur buluh biar dari rebungnya. Hehe. Apa pendapat korang?