Si ‘Gadis Melayu’ Mimi Ernida

Mimi Ernida

Akibat salah faham dan cemburu buta, Mimi Ernida hilang pertimbangan dan membelasah suaminya tanpa alasan kukuh. Segalanya akibat kemunculan tiba-tiba Adeline Tsen dan disangkakan skandal suaminya. Kesian si suami tak pasal-pasal lebam sana-sini. Nasib baik tu semua hanyalah sebahagian dari adegan filem komedi terbaru terbitan Metrowealth Pictures, ALAMAK TOYOL yang akan ditayangkan di pawagam pada 3 November 2011. Mimi Ernida merupakan salah seorang pelakon di dalam filem tersebut yang mana juga merupakan filem pertama lakonan beliau sebaik sahaja menandatangani kontrak sebagai artis residen MiG.

Finalis Gadis Melayu musim ke-3 ini berkata filem ALAMAK TOYOL merupakan filem yang membuka matanya dalam mengenali dengan lebih mendalam mengenai dunia lakonan. Mimi mengaku yang dia masih hijau dan masih memerlukan tunjuk ajar dalam mengasah bakatnya sebagai seorang pelakon. Tambah Mimi lagi “Mimi amat bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari pengarah ALAMAK TOYOL iaitu abang Ismail ‘Bob’ Hasim. Alhamdulillah atas tunjuk ajar Abang Bob Mimi faham apa kehendak watak Mimi,”

Selain filem ALAMAK TOYOL, Mimi turut terlibat dalam telefilem Kusangka Dua dan telefilem Aku Tahu Apa Kau Buat Raya Lepas serta Balik Kampung yang disiarkan pada hari raya lepas. Bekerjasama dengan artis dan krew penggambaran dalam telefilem-telefilem tersebut turut memberi Mimi Ernida perspektif baru dan kini Mimi lebih yakin untuk beraksi di depan kamera. Mimi juga sangat berterima kasih dengan artis-artis senior yang banyak memberi nasihat dan tips-tips berguna untuknya.

Seperti kebanyakan artis-artis lain, Mimi Ernida juga meminati dunia perniagaan dan berharap satu hari nanti dia dapat membuka sebuah restoran Nasi Kandar sendiri. Katanya di tanah kelahirannya di Kedah, keluarganya merupakan pembekal bahan mentah untuk sebuah restoran Nasi Kandar feymes kat Alor Setar, so di situ timbul minat Mimi untuk turut sama mencuba perniagaan tersebut. Kherlass cik Mimi kita. Semoga Mimi Ernida dapat mencapai cita-cita beliau menjadi seorang artis dan usahawan yang disegani. Orait, kepada korang semua jangan lupa nantikan kemunculan sulung Mimi Ernida di layar perak dalam filem terbaru Meteowealth Pictures, ALAMAK TOYOL di pawagam 3 November ini. 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s